Monday, 22 June 2015

HJ MOST HOMESTAY, KAMPUNG PARIT BETAK

Assalamualaikum~

Alami suasana desa masyarakat Jawa! Hj Most Homestay menyediakan Inap Desa / rumah sewa sementara yang nyaman dan selesa terutamanya bagi keluarga yang dalam percutian, Family day, atau menghadiri majlis perkahwinan.




Lokasi Hj Most Homestay terletak di 138A (TNB 77) Kampung Parit Betak, Benut, 82210 Pontian, Johor. Kebanyakan masyarakat yang menetap di kampung Parit Betak merupakan keturunan Jawa. Inap desa ini terletak berdekatan dengan Kg Parit Terampil, Kg Parit Haji Ariff, Kg Permatang Sepam, Kg Parit Abas, dan Kg Parit Tengah. Hj Most Homestay juga terletak kira-kira 46km (45 min) ke Batu Pahat, 5km (10 min) ke Benut, 14km (14 min) ke Rengit, 37km (34 min) ke Ayer Hitam, 79 km (1 hour) ke Johor Bahru, 28 km (27 min) ke Parit Raja, 10km (11 min) ke Pantai Tampok.

Terdapat pelbagai jenis kemudahan yang kami sediakan bagi memastikan keselesaan anda sekeluarga. Antaranya ialah:


  1. 2 bilik tidur + 1 katil queen-size dan 1 katil single + aircond

  • Bilik tidur utama bersaiz 12'x12' beserta katil bersaiz queen







  • Bilik tidur kedua bersaiz 10'x12' beserta katil single + aircond




  2. tilam, bantal dan selimut ekstra



  3. 2 bilik air + peralatan mandi


  4. ruang tamu yang berkeluasan 20'x10' + aircond beserta tv, astro, set sofa klasik dan meja kopi




  5. set meja makan untuk 10 orang 


  6. ruang dapur yang luas beserta dapur gas, peti sejuk, rice cooker,
     thermos elektrik, pinggan mangkuk dan kelengkapan dapur yang lain
     ( kemudahan memasak ) 







  7. mesin basuh

  8. seterika dan papan seterika


  9. beranda depan dan belakang yang luas








  10. pondok santai (gazebo) 





   11. laman rumah yang luas dikelilingi oleh pokok2 buah-buahan.


Hj Most Homestay menawarkan kesemua perkhidmatan di atas dengan harga serendah RM250/hari. Dengan perkhidmatan yang disediakan juga, rumah ini mampu memuatkan seramai 12-15 orang untuk satu malam.

Jika anda berminat untuk menginap di Hj Most Homestay dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut,

Hubungi kami:

- 0132715770 (Adilla)

- 0192722087 (Janariah)


No comments:

Post a Comment